Thursday, December 10, 2009

Astafirullah!

KANGAR:Seorang pengantin lelaki yang baru empat jam bernikah adalah antara empat orang yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan pertembungan sebuah kereta dan bas di kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar tengah hari tadi.
Timbalan Ketua Polis Perlis, Asisten Komisioner Zull Aznam Harun berkata, pengantin yang terbunuh dalam kejadian jam 1.05 tengah hari itu dikenali sebagai Mohd Ariff Abdul Kadir, 23, seorang jurutera.
Turut terbunuh ialah ibu bapa Mohd Ariff iaitu Abdul Kadir Awang, 53, dan Aspah Osman, 58 serta seorang jurugambar, Mohd Farhan Musa, 18, yang juga rakan Mohd Ariff.
Katanya, kejadian berlaku ketika kesemua mangsa yang menetap di Taman Melati Indah, dekat sini sedang dalam perjalanan pulang daripada majlis akad nikah di Anak Bukit, Kedah.
Kesemua mereka terbunuh di tempat kejadian, manakala 27 penumpang serta pemandu bas yang datang dari arah bertentangan menghala Kangar tidak mengalami sebarang kecederaan.Zull Aznam berkata, kereta yang dipandu Abdul Kadir, seorang pesara pembantu makmal Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra itu, dipercayai pancit tayarnya menyebabkan kenderaan yang sedang menghala arah Beseri itu tidak dapat dikawal lalu bertembung dengan bas pesiaran yang membawa pelancong dari Selangor itu.
“Kami masih menyiasat punca kejadian. Pemandu bas itu juga telah direkodkan kenyataannya,” katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) hari ini.
Sementara itu, suasana pilu menyelubungi rumah mayat hospital itu apabiladibanjiri ratusan sanak saudara mangsa, manakala di rumah mangsa di Taman Melati Indah turut dipenuhi orang ramai.
Kerja-kerja gotong royong untuk mendirikan khemah kenduri untuk majlisperkahwinan Mohd Ariff dan pasangannya, Teh Hafifah Shahirah Abdul Hamid, 23, dibatalkan.
Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Perlis, Jamsari Jamaluddin yangjuga jiran kepada mangsa berkata kesemua mangsa sedang dalam perjalananpulang daripada majlis akad nikah di Anak Bukit dan majlis kenduri perkahwinan Mohd Ariff dijadualkan Ahad ini. – Bernama

Sumber: harian metro


Ya Allah! Kau maha besar Ya Allah! Kau telah mengambil nyawa Pak Cik ku, mak cik ku dan sepupu ku yang mmng jarang berjumpe! Ya Allah! Ni dugaan paling besar Ya Allah! Bagi lah kekuatan Ya Allah! Aq syang mereka Ya Allah! Aq redha akan pemrgian mereka Ya Allah! Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim! ALLAH!!!


I'm writting with my own style~thanks for reading :)

0 Comments:

Lilypie Kids Birthday tickers